Tuesday, 20 September 2016

MY BUSINESS

Assalamualaikum kawan-kawan suzie...
Ok arini nak cerita tentang bisnes yang suzie terjebak samada secara langsung atau ada agenda disebaliknyeee ngeh.. ngeh...

Bisness utama suzy tentulah freelance account...
Memang minat account walaupun belajaq takat diploma je.. sebab lepas abis diploma terus kerja kat firma akaun.. so minat tu makin bercambah dengan semulajadinyeee.. hamboih.. haha..




Ha gambar di atas my lurvly hubby yang tolong buatkan dan ni sample yang dihantar ke City Explorer untuk promote.. Semua my shuben yang aturkan.. Kalau nak harapkan suzie memang x bejalan la.. dengan rasa down.. rasa lambat nak bangkit... Tapi x sempat nak meratap ke'down'nan tu husband da aturkan bukak co., bukak current account, buat cop, cari orang city explorer.. Al-maklumla dia lebih berpengalaman..
Paling utama modal semua dia keluarkan.. ngeh.. ngeh.. ngeh..
Tq sayunk...

Syukur Alhamdulillah bulan 5 baru set up co. x lama lepas tu suzie da dapat client.. TQ Aini Nano dan Mummy Ela dari Group WhatsApp ASAA1. Mungkin rezeki suzie kebetulan Mummy Ela promote kat FB dia yang abang dia tengah cari freelance account untuk maintain account dan submit tax..
Aini terus tag suzie. Trus suzie PM Mummy Ela dan kiteorang set appoinment.
My 1st client Ismail & Sons (jual beli emas).. kedai dia di Putrajaya. En Suhaimi abang Mummy Ela owner kedai tu.. orangnye humble dan kelakar..
Terkini kedai dia digemparkan dengan perompak yang berjaya larikan barang kemas.. Tapi Syukur Alhamdulillah polis berjaya tangkap perompak terbabit.. 9 orang kesemuanya.. hish geram betul xde keje halal ke dalam dunia ni.. merompak gak ko pilih untuk selesaikan masalah ko tu!!
Sekarang En Suhaimi tengah recovery.. In Sya Allah kedai dia beroperasi dalam masa terdekat selepas kedai siap renovate.. Suzie doakan En Suhaimi terus cekal dan segala perancangan berjalan lancar.. Aamin..

Buat masa ni Suzie ade 5 client & coming soon 2 lagi client.. Alhamdulillah walaupun kecik tapi besar dah bagi suzie...
1. Ismail & Sons - Kedai Emas di Putrajaya.
2. Gemilang SQ Enterprise - Stesyen Minyak Caltex Ayer Keroh
3. Jati Jyokaso Services - En Jailani (Kontrak dengan kilang di Johor untuk service repair maintenance & cleaning
4. Koperasi KPMBM - yang ini tawaran untuk finalize akaun 2014 & 2015 dan submit ke auditor.. Alhamdulillah.. harap lepas ni ade jodoh lagi dengan koperasi KPMBM hehe..
5. Siti And K Marketing Sdn Bhd - ha yang ni adik sifu Tax suzie hehe.. Alhamdulillah lepas ni berjodoh lagi untuk buat akaun.. TQ SIFU!! Alhamdulillah rezeki..

Setakat ini semua client yang on progress & coming soon 2 lagi client. 1 dari kawan sekolah menengah minta handle akaun husband dia termasuk Tax submission & lagi 1 Kedai makan Nasi Ambeng Mama (dulu sebelah opis lama) hehe Alhamdulillah rezeki.. In Sya Allah akan cube beri servis yang terbaik..
Moga kalian berpuas hati dengan perkhidmatan Suzie..

Sesiapa berminat dengan perkhidmatan ni boleh WhatsApp suzie ya...

TQ sudi baca coretan panjang lebaq ni.. Next suzy akan ceritan tentang bisnes sampingan Suzie.. Tunggguuuu...

Nyte chuolssss
Muahhhh

No comments:

Post a Comment

jangan segan jangan malu
mari-mari berbicara denganku..
:)